SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan FA QF2 | Selangor FC vs Kuching City FC | Fokus Penuh Untuk Piala FA 2024/25 Suku Akhir Kedua

Jul 06, 2024 - FAS

Selangor FC akan bertemu Kuching City FC sekali lagi bagi perlawanan Suku Akhir Piala FA 2024/25 kedua malam ini pada jam 9:00 malam. 

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil, lega pasukan positif untuk meneruskan perjuangan pusingan Suku Akhir kedua Piala FA 2024/25, “Pemain mengambil pendekatan positif kerana dalam Piala FA kita mempunyai peluang untuk menebus kekalahan. Banyak benda kita belajar dalam perlawanan pertama minggu lalu membantu dari segi persiapan dan mentaliti yang akan di bawa malam ini,” 

“Ini sukan bola sepak, kita tidak mahu terbawa-bawa dengan perasaan kecewa,  malam ini kami berharap dengan adanya para penyokong Gergasi Merah yang memenuhi stadium serta keluarga, kita akan cuba untuk tidak melepaskan peluang menebus kembali kekalahan minggu lalu.” tegas beliau.

Bagi keberadaan pemain, Umarbek Eshmurodov; pemain import pertahanan baharu dan Mukhairi Ajmal; pemain muda Gergasi Merah, masih tidak dapat bersama pasukan menentang Kuching City FC pada malam ini atas faktor kecederaan. Manakala, Reziq Banihani sudah kembali mengikuti aktiviti pasukan dan berkemungkinan besar diturunkan pada malam ini.

Pihak pengurusan Selangor FC berharap pasukan akan berusaha untuk mendapatkan kemenangan pada malam ini untuk layak ke pusingan seterusnya. Ayuh, Gergasi Merah!?

Demi Kebanggaan!